Wednesday, August 26, 2015

Kelas Dip 2015

Assalamulaikum w.b.t

Ada yang bertanya tentang kelas dip yang saya kendalikan,  untuk pengetahuan semua saya masih meneruskan kelas dip bergantung pada permintaan, ada yang prefer weekend ada yang memilih weekdays, minima kelas 2 orang untuk setiap sesi. Kelas akan berlansung selama 4 jam, mempelajari teknik dan tips dalam penghasilan pembuatan bunga dip. Setiap kelas akan belajar 3 jenis bunga utama termasuk teknik bonus iaitu penghasilan bunga kekecik yang merupakan sebagai penyeri utama, light refreshment disediakan. Kelas akan di adakan di Bangi. Yuran masih lagi harga sebelum GST RM200/ kepala..hehehehe...semua saya sediakan..hanya hadir lengkang kangkung bawa minat dan juga usaha saje...InsyaAllah....bak kata pepatah..belakang parang di asah pun akan tajam...apatah lagi kita manusia...yang punya kesungguhan...jom..tunggu apa lagi book your slot...wasap 013 6966 830....babai...

Monday, August 24, 2015

Salam Kemerdekaan

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya dah lama sangat x menjengah umah ni...bukan lagi bersawang, berhabuk nak kena mop nak kena basuh...maklumla teknologi telah berubah...melayan whatsapp...lama tak hupdate blog.

Saya masih meneruskan my passion dalam pembuatan bunga dip walau tak sempat nak upload ke blog.

Masih membuat bunga pahar, bunga dulang, gift comel dan meneruskan kelas bunga dip bagi tahun 2015.

Walaupun hakikat yang kita semua tahu bunga dip agak "slow demand " sekarang ni, saya berpendapat pengantin lebih memilih untuk berjimat dalam membuat persiapan menempuh alam perkahwinan...apapun...life must goes on...terpulang kepada pilihan kita sekiranya mampu apa salahnya memiliki koleksi hebat sempena perkahwinan...ya....sekali seumur hidup...

Sehingga berjumpa lagi....